Siapa kata peluang itu murah? Bagi aku peluang itu sangat mahal. Kenapa aku cakap cam tu?
Sebab tak semua dapat peluang yang sama. Kadang-kadang peluang tu datang tanpa kita sangkakan. Tapi kadang-kadang kita yang perlu pandai-pandai cari atau cipta peluang tersebut. Okay, aku tknak citer panjang pasal mukodimah.
Setiap orang ada cita-cita yang berbeza-beza. Tapi ada juga orang berbeza bercita-cita yang sama. Maka inilah yang aku maksudkan peluang itu bukan murah. Aku sekarang berada di tahun pertama sebagai pelajar Perubatan Veterinar. Siapa yang tak pernah dengar tentang Doktor Perubatan Veterinar sila google je confirm encik google tolong jawabkan. Atau juga dipaggil DVM (Doctor in Veterinary Medicine). Hakikatnya adalah benda sama.
Siapa yang pernah baca blog aku yang ni sebelum ni tahu la serba sedikit pasal aku. Agaknya jela. Yang belum kenal aku tu pelan-pelan lah ya kita berkenalan. Flow latar belakang pendidikan aku bermula dari sekolah tadika perpaduan, sekolah kebangsaan, sekolah menegah sains, kemudian aku sambung diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP) selama 3 tahun setengah kat UPM kampus Bintulu. Selepas tu kat mana?
Hah! Lepas tu yang sekarang la DVM kat UMK kampus Padang Tembak. Dalam jurusan yang aku ambik ni kebanyakkannya adalah student lepasan matrik, asasi, stpm dan diploma. Dan dalam kelas aku sekarang hannyalah 5 orang lepasan DKHP out of 46 of us. 3 orang batch aku dan 2 lagi batch senior. Sikit je kan lepasan DKHP. Tapi sebagai lepasan DKHP aku tahu ramai yang nak sangat masuk DVM tapi tu lah macam aku cakap awal-awal tadi yang tak semua orang dapat peluang yang sama. Dan untuk pengetahuan korang batch aku DKHP adalah seramai 68 orang. Yang dapat sambung DVM tahun ni tak sampai separuh kelas rasanya. Sebab ada yang kerja dan sambung dalam degree lain.
Kalau tak silap aku dalam belasan orang je DKHP setiap batch ke UPM, UMK 3 4 org, Bogor tahun ni sorg, Gajah Mada sorang. Yang lain taknak DVM ke? Sebenarnya dorng nak tapi rezeki tak menyebelahi mereka. Korang jgn kata aku nak bangga diri ke apa dapat DVM sbb aku ni pun dikira lucky sbb diberi jalan dan petunjuk ke jalan ni. Korg baca dulu sampai habis apa aku nak citer ni, tapi yang ni aku taknak citer lagi la cara-cara nak mohon bagai tu. Yang ni just pandangan dan pendapat aku pasal peluang yang tak semua orang dapat.
Sebenarnya sedih jugak lah bila kawan2 seperjuangan DKHP selama 3 tahun lebih bersama tak sama2 capai cita2 bersama. Aku tak kata aku bijak dorang tak bijak ke apa. Ni semua pasal peluang dan rezeki. Sebenarnya aku ni dalam kategori sekadar mencapai kelayakan untuk masuk DVM dan aku bukan genius. Ramai lagi kawan aku yang lain lebih pandai dan lebih layak sebenarnya. Aku kalau boleh nak semua DKHP sambung DVM sama2 tak kesah la UPM ke UMK ke atau Uni Indon ke atau mana2. Tapi tu lah hidup ni adalah realiti bukan fantasi.
Peluang itu mahal. Peluang itu bukan murah. Sebab tu lah aku nak cakap hargai lah peluang yang ada. Kalau ikutkan aku taknak sambung belajar lagi sebab aku bukan orang senang. Yuran pun aku hanya mampu bayar separuh. Orang lain dah booking dah buku tebal yang harga ratus-ratus, tapi aku buat-buat taktahu je. Bukan belajar ni sempoi tapi aku masih tak mampu sebab Ptptn belum dapat, biasiswa papew pun belum dapat. Terpaksa berharap kat ma walau tahu ma tak bekerja atas faktor kesihatan. Nasib baik abang2 kerja tampung serba sedikit keperluan aku. Nak mintak lebih tak boleh sebab aku ada lagi adik yang masih sekolah dan salah sorang nya SPM tahun ni.
Nak suruh aku stop belajar tengah jalan? Memang taklah. Peluang ni tak semua orang dapat. Kalau aku tolak peluang kedua mungkin sudah tiada. Walau ada yang macam tak berpuas hati bila aku dpt smbung dalam bidang ni, aku kena teruskan juga. Ada yang kata aku pakai kabel bagai, aku tak kesah sbb aku sendiri pun tak tahu siapa kabel aku, yang pasti aku lepas syarat kelayakan untuk kemasukan tu. Mungkin adalah tu kabel tapi aku betul-betul tak tahu siapa sebenarnya tolong aku. Aku sangat berterima kasih dekat insan tersebut, hanya Allah saja yang mampu balas. Mungkin Allah turunkan rezeki aku melalui dia. Sebab tu lah aku kena teruskan juga perjuangan ni walau apa pun yang jadi jika ini jalan takdir hidupku.
Kepada adik-adik lepasan matrik asasi dan sebagainya tolong hargai peluang yang korang dapat sbb sy sgt terasa dan faham macam mana susahnya kami berjuang untuk masuk dalam kos ni. Ya, saya tau kebanyakkan adik2 yang masuk kos ni sbb masih takde hala tuju, taktau nak jadi apa tapi hargailah peluang ni sebab ramai yang nak tapi kenapa kita terpilih? Mungkin ayat sy ni cliche tapi inilah kenyataan.
Kepada yang terlepas peluang ini jangan marah akan takdir. Jalan cerita kita berbeza tapi percaya lah Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Akhir kata jangan sia2kan peluang yang ada, hadapi segala cabaran dengan kuat dan tawakkal kepada Allah.
Friday, 22 September 2017
Thursday, 16 February 2017
Aku Seorang Pelajar
Assalamualaikum dan hai semua.. Tajuk
entry aku kali ni adalah 'Aku Seorang Pelajar Biasa' . Aku juga ingin berjaya :)
Kenapa aku guna tajuk ni sebagai first entry aku? ini kerana sgt sinonim lah dgn kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Sejak masuk di alam pengajian tinggi pelbagai cabaran dan suka duka kehidupan aku lalui. Bermula dengan cara memilih kawan, cara belajar, cara bersosial dan macam-macam lagi lah. Ya aku tak nafikan sepanjang aku jadi seorang pelajar ni banyak benda yang telah aku belajar. Bak kata orang pengalaman mengajar kita.. cewaah.. cam profesional plak.. tapi betol lah apa yang aku katakan tu. Kalau kita takut nak cuba sesuatu tu memang takkan menjadi apa2 lah..
Dulu masa first time tahu dapat tawaran Diploma Kesihatan HAiwan dan Penternakan (DKHP) kat Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak(UPMKB) Ya Allah berdebarnya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Camne tak berdebarnya first time nak fly ke Sarawak. Dari kecik lagi impian nak ke Sarawak. Tapi tulah banyak benda dalam fikiran masa tu. Dengan duitnya takde, kesihatan arwah abah tak menentu, tapi nak sangat pergi. Yang jadi penguat semangat aku masa tu adalah keluarga aku terutama ma aku. Segala kekurangan pembelanjaan ditampung oleh keluarga dan adik-beradik aku. Semua saling bantu walau sikit sorang demi tengok aku boleh capai aku nak. Tak lupa juga kerajaan negeri yang membantu dari segi kewangan bagi bantuan awal pengajian.
Ma dah cakap awal-awal keluarga aku tak mampu hantar sampai ke Sarawak kerana faktor kewangan. Sebagai pertama kali jejak kaki ke bumi Kenyalang tanpa keluarga adlah sangat sayu lebih-lebih lagi bila tengok orang lain kebanyakkan datang bersama keluarga. Walau apappun aku sangat bersyukur masa tu sbb berjaya sampai ke UPMKB dengan selamat dan lancar walau di KLIA terlepas flight tggu seorang kawan yang sama2 akan berdaftar dengan aku. Tapi aku respect kawan aku sorg tu sbb keluaga dia sgt bertanggungjawab atas kelewatan tu. Okay sambung cerita kat Bintulu. Aku seolah-olah tak percaya masa tu sebab aku berpijak di bumi Bintulu dan aku bakal kejar impian keluarga di situ. Bagai sinar yang terang bendarang. Itulah perasaan aku waktu tu tapi aku tahu pasti lain plak perasaan orang sbb masing2 bawa niat masing2. Impian setiap orang berbeza walau datang dengan satu tanggungjawab itu sebagai "seorang pelajar".
Rezekiku tidak putus-ptus dapat sumbangan dan suatu hari aku terima satu mesej dari seorang seniorkku dari zaman sekolah menengah. Dia hantar beserta satu link. Rupanya dia suruh aku mohon biasiswa. Sebenarnya aku dah give dgn biasiswa sbb selalu terlepas tarikh la, masalah itu la, masalah ini la sampai aku rasa aku tak layak ke nak dapat biasiswa? Tapi aku cuba jugak lah sbb senior aku tu selalu tolong aku, kiranya baik sangat lah. Moga Tuhan je balas segala kebaikan dia. Alhamduillah aku dapat biasiswa dari sem satu. Serius ku katakan macam satu beban yang berat telah kurang di bahu. Memang tak sangka akan dapat biasiswa sbb aku ni takahu sgt kalau bab2 camni.. Kolot it la kononnya kan. Dari kecil lagi ma selalu pesan "kalau nak sesuatu kena usaha sendiri, kalau nak harapkan usaha orang lain, orang lain lah dapat" ..
Bukan masalah kewangan je yang selalu menganggu hidup pelajar apatah lagi sebagai pelajar yang membawa impian keluarga bersama. Sudah pasti pencapaian akademik lah yang membuatkan hidup kita di nilai sebagai seorang pelajar dan mengekalkan pointer adalah cabaran bagi setiap mahasiswa dan mahasisiwi. Begitu juga lah aku. Sejujurnya aku cakap aku tak pernah dapat 4 flat. Tapi pointer kena jaga sbb itu syarat penerima biasiswa. Seperti pelajar lain aku tak lepas dari bermimpi nak genggam 4 flat dalam tgn tapi apakan daya bukan rezeki aku lagi.Tahun 2015 adalah tahun kedua (sem 3) emosi aku mula terganggu dengan masalah dalaman keluarga besar dan pada masa yang sama aku dikejutkan dengan khabar yang amat duka bagi keluargaku. Masa tu hanya Tuhan je tahu betapa luluhnya hati aku bila dapat tahu Abah aku menghidap kanser hati tahap 4.
Masa tahu tu rasa cam nak lari balik je. Tapi aku jauh di negeri orang
yang terpisah oleh Laut China Selatan. Terpaksa la tunggu cuti baru
boleh balik. Tahun 2015 ada raya terakhir kami dengan arwah abah. Dan
raya lah pertemuan terakhir aku dengan arwah. Ingat lagi suasana sayu
saat aku peluk abah kata kena balik Sarawak sbb cuti raya dah nak habis.
Walau berat nak jejak kaki tapi terpaksa tabahkan hati tunjuk kat Abah
aku kuat aku akan berjaya demi keluarga. Seminggu sebelum Abah meninggal
aku dah tempah tiket kapal terbang untuk pulang selepas habis Test 2
sem 3 sbb Ma suruh balik sebab Abah makin tenat. Ya kalau boleh aku nak
terus balik tapi sebagai pelajar aku tggu persetujuan pensyarah utk
lewatkan Test 2 aku. Usai solat maghrib 29 ogos 2015, aku terima satu
panggilan dari Ma. Ma tanya dh dapat cuti belom, Ma suruh aku balik
secepat mungkin. Aku tanya abah okay ke? Ma kata abah makin tenat. Aku
dah tak pikir Test dah terus bukak laptop tengok tiket balik seawal
mungkin. Dah masa tu dah maghrib dah tentunya paling awal boleh balik
pun esok pagi baru ada flight. Masa tengah nak beli tiket ma call lagi,
tapi kali ni abg ngah yang cakap. Sebenarnya masa ma call tadi Abah dah
takde. Ma tak kuat nak bagitau aku sbb takut pelajaran aku terganggu.
Seperti yang kita tahu tukar flght last minute pun kena tambah duit, tambah-tambah tukar diawalkan. Lebih jugak lah seribu beli tiket flight je. Nasib baik ma selalu pesan duit kena simpan risau ada emergency ke apa. Nasib baik duit takde masalah masa tu. Allah lancarkan urusan. Walau flight dari Bintulu ke KL awal pagi tapi dari KL ke Kelantan tengah hari sebab takde direct flight Bintulu ke kelantan. Sesampainya aku di bumi Kelantan arwah Abah selamat dikebumikan. Masa tu aku mintak sangat Allah kuatkan aku dan aku taknak tunjuk aku lemah di depan keluarga aku. Walau aku dah puas megalirkan air mata sepanjang perjalanan aku tapi sesampai di Kelantan aku dah tekad aku tak boleh nampak lemah.
Sejak itu, emosi aku makin tak stabil. Result aku sem 3 merosot tapi masih pointer atas 3. Aku rasa macam putus harapan. Aku tak dapat fokus. Selalu je aku rasa cam nak stop belajar tapi bila dengar suara Ma dan adik-beradikku yang lain aku kaku,kelu, keliru. Aku cuba bangkit kembali. Walau orang sekeliling ku tak nampak apa terjadi dalam hidup aku, aku redha. Aku tak mampu puaskan hati semua orang. Aku perlu bangkit demi keluargaku. Hanya keluargaku saja yang mengerti apa terjadi dalam hidup kami. Aku tak salahkan takdir sebab aku yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah dah tetapkan bagi setiap hambanya. Air mataku sudah terbiasa mengalir di pipi. Hati aku sangat rapuh tapi orang taktahu kenapa tiba-tiba angin aku berubah, tiba-tiba aku boleh jadi periang, tiba-tiba aku jadi sangat pendiam. Sebab aku cuba bangkit dari segala kesedihan dan kisah duka hidupku. Kadang-kadang aku rasa amat berat untuk aku realisaikan impian keluargaku itu.
Aku rasa tu je kot untuk entry aku kali ni.. Doakan aku kuat dan berjaya penuhi impian aku dan keluarga aku k:).. Assalamualaikum dan sekian..
Kenapa aku guna tajuk ni sebagai first entry aku? ini kerana sgt sinonim lah dgn kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Sejak masuk di alam pengajian tinggi pelbagai cabaran dan suka duka kehidupan aku lalui. Bermula dengan cara memilih kawan, cara belajar, cara bersosial dan macam-macam lagi lah. Ya aku tak nafikan sepanjang aku jadi seorang pelajar ni banyak benda yang telah aku belajar. Bak kata orang pengalaman mengajar kita.. cewaah.. cam profesional plak.. tapi betol lah apa yang aku katakan tu. Kalau kita takut nak cuba sesuatu tu memang takkan menjadi apa2 lah..
![]() |
| Happy selalu pakai labcoat |
Dulu masa first time tahu dapat tawaran Diploma Kesihatan HAiwan dan Penternakan (DKHP) kat Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak(UPMKB) Ya Allah berdebarnya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Camne tak berdebarnya first time nak fly ke Sarawak. Dari kecik lagi impian nak ke Sarawak. Tapi tulah banyak benda dalam fikiran masa tu. Dengan duitnya takde, kesihatan arwah abah tak menentu, tapi nak sangat pergi. Yang jadi penguat semangat aku masa tu adalah keluarga aku terutama ma aku. Segala kekurangan pembelanjaan ditampung oleh keluarga dan adik-beradik aku. Semua saling bantu walau sikit sorang demi tengok aku boleh capai aku nak. Tak lupa juga kerajaan negeri yang membantu dari segi kewangan bagi bantuan awal pengajian.
Ma dah cakap awal-awal keluarga aku tak mampu hantar sampai ke Sarawak kerana faktor kewangan. Sebagai pertama kali jejak kaki ke bumi Kenyalang tanpa keluarga adlah sangat sayu lebih-lebih lagi bila tengok orang lain kebanyakkan datang bersama keluarga. Walau apappun aku sangat bersyukur masa tu sbb berjaya sampai ke UPMKB dengan selamat dan lancar walau di KLIA terlepas flight tggu seorang kawan yang sama2 akan berdaftar dengan aku. Tapi aku respect kawan aku sorg tu sbb keluaga dia sgt bertanggungjawab atas kelewatan tu. Okay sambung cerita kat Bintulu. Aku seolah-olah tak percaya masa tu sebab aku berpijak di bumi Bintulu dan aku bakal kejar impian keluarga di situ. Bagai sinar yang terang bendarang. Itulah perasaan aku waktu tu tapi aku tahu pasti lain plak perasaan orang sbb masing2 bawa niat masing2. Impian setiap orang berbeza walau datang dengan satu tanggungjawab itu sebagai "seorang pelajar".
Rezekiku tidak putus-ptus dapat sumbangan dan suatu hari aku terima satu mesej dari seorang seniorkku dari zaman sekolah menengah. Dia hantar beserta satu link. Rupanya dia suruh aku mohon biasiswa. Sebenarnya aku dah give dgn biasiswa sbb selalu terlepas tarikh la, masalah itu la, masalah ini la sampai aku rasa aku tak layak ke nak dapat biasiswa? Tapi aku cuba jugak lah sbb senior aku tu selalu tolong aku, kiranya baik sangat lah. Moga Tuhan je balas segala kebaikan dia. Alhamduillah aku dapat biasiswa dari sem satu. Serius ku katakan macam satu beban yang berat telah kurang di bahu. Memang tak sangka akan dapat biasiswa sbb aku ni takahu sgt kalau bab2 camni.. Kolot it la kononnya kan. Dari kecil lagi ma selalu pesan "kalau nak sesuatu kena usaha sendiri, kalau nak harapkan usaha orang lain, orang lain lah dapat" ..
Bukan masalah kewangan je yang selalu menganggu hidup pelajar apatah lagi sebagai pelajar yang membawa impian keluarga bersama. Sudah pasti pencapaian akademik lah yang membuatkan hidup kita di nilai sebagai seorang pelajar dan mengekalkan pointer adalah cabaran bagi setiap mahasiswa dan mahasisiwi. Begitu juga lah aku. Sejujurnya aku cakap aku tak pernah dapat 4 flat. Tapi pointer kena jaga sbb itu syarat penerima biasiswa. Seperti pelajar lain aku tak lepas dari bermimpi nak genggam 4 flat dalam tgn tapi apakan daya bukan rezeki aku lagi.Tahun 2015 adalah tahun kedua (sem 3) emosi aku mula terganggu dengan masalah dalaman keluarga besar dan pada masa yang sama aku dikejutkan dengan khabar yang amat duka bagi keluargaku. Masa tu hanya Tuhan je tahu betapa luluhnya hati aku bila dapat tahu Abah aku menghidap kanser hati tahap 4.
![]() |
| Gambar raya terakhir bersama Abah |
Seperti yang kita tahu tukar flght last minute pun kena tambah duit, tambah-tambah tukar diawalkan. Lebih jugak lah seribu beli tiket flight je. Nasib baik ma selalu pesan duit kena simpan risau ada emergency ke apa. Nasib baik duit takde masalah masa tu. Allah lancarkan urusan. Walau flight dari Bintulu ke KL awal pagi tapi dari KL ke Kelantan tengah hari sebab takde direct flight Bintulu ke kelantan. Sesampainya aku di bumi Kelantan arwah Abah selamat dikebumikan. Masa tu aku mintak sangat Allah kuatkan aku dan aku taknak tunjuk aku lemah di depan keluarga aku. Walau aku dah puas megalirkan air mata sepanjang perjalanan aku tapi sesampai di Kelantan aku dah tekad aku tak boleh nampak lemah.
Sejak itu, emosi aku makin tak stabil. Result aku sem 3 merosot tapi masih pointer atas 3. Aku rasa macam putus harapan. Aku tak dapat fokus. Selalu je aku rasa cam nak stop belajar tapi bila dengar suara Ma dan adik-beradikku yang lain aku kaku,kelu, keliru. Aku cuba bangkit kembali. Walau orang sekeliling ku tak nampak apa terjadi dalam hidup aku, aku redha. Aku tak mampu puaskan hati semua orang. Aku perlu bangkit demi keluargaku. Hanya keluargaku saja yang mengerti apa terjadi dalam hidup kami. Aku tak salahkan takdir sebab aku yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah dah tetapkan bagi setiap hambanya. Air mataku sudah terbiasa mengalir di pipi. Hati aku sangat rapuh tapi orang taktahu kenapa tiba-tiba angin aku berubah, tiba-tiba aku boleh jadi periang, tiba-tiba aku jadi sangat pendiam. Sebab aku cuba bangkit dari segala kesedihan dan kisah duka hidupku. Kadang-kadang aku rasa amat berat untuk aku realisaikan impian keluargaku itu.
Kini aku dah berada di tahun akhir dan semester akhir sebagai pelajar
DKHP. Tak sangka aku berjaya harungi segala rintangan sepanjang berada
di bumi Sarawak. DKHP semester akhir berpindah kampus ke UPM kampus
Serdang. Di sini cabaran baru bagi kami. Walau begitu segala dugaan
mendatang kami tempuh bersama. Apa yang menjadi dilema bagiku adalah
selepas ni.. Kemana aku nak pergi lepas habis Diploma? Macammana aku nak
sambung DVM? Semua ni mula bermain di fikiran aku sebab aku sedar
peluang yang ada sangatlah tipis. Terpaksa compete dengan semua pelajar
Diploma untuk dapat tempat. Kalau yang berduit boleh lah pikir oversea.
Aku? Nak taknak dalam negara lah pilihan aku. Doa dan tawakal je aku
mampu.. Kalau ada rezeki adalah, kalau takde rezeki dalam bidang ni aku
redha.
![]() |
| Practical amalan perubatan veterinar |
Aku rasa tu je kot untuk entry aku kali ni.. Doakan aku kuat dan berjaya penuhi impian aku dan keluarga aku k:).. Assalamualaikum dan sekian..
Tuesday, 17 January 2017
Ingin jadi orang berjaya? Jom mulakan langkahmu hari ini :)
Sudah hampir setahun rasanya aku abaikan blog ni. Tiba-tiba terasa rindu untuk blogging. Ya, mungkin sudah beberapa blog yang telah aku buat tapi semua cam tak ngam je dengan aku. Yang ni pun sebenarnya takde lah ngm sangat dengan aku.. tapi boleh lah.. as new blogger :)
Sebenarnya aku mula menulis blog sebab rasa teringin sangat ada blog sendiri bila ramai orang lain yang ada blog sendiri. Pastu bila dah buat blog sendiri aku la plak yang tak reti nak tulis apa dalam blog aku. Sebab tu la aku punya entry cam terabur sikit tu.
Aku sebenarnya tak ada idea sangat pun nak tulis apa kat blog aku ni. Nak tulis pasal benda-benda ilmiah memang langsung aku tak reti la. Nak buat tutorial tudung ke apa tu segan la plak. Nak share pasal latest teknologi pun aku ni memang tak pandai sangat IT ni. Selalu jugak lah aku pikir apa lah yang blogger selalu buat. Aku ada lah baca blog orang lain tapi aku tetap takde idea nak tulis apa. Sebab tu la content entry aku cam entah papew. huhu..
Walau aku memang tak pandai apa pasal blogger ke apa ni tapi aku rasa macam tiba-tiba plak berminat nak jadi blogger. Pernah lah sorang lecturer aku cakap "Buat lah blog, nanti akan berguna untuk masa depan kamu". Dan dari situ aku mula yakin yang segala media sosial, blog dan semua yang sama waktu dengannya ni tercipta bukan sia-sia. Mungkin mampu bagi benefit kepada user. So aku rasa aku patut mula belajar gunakan semua teknologi yang ada pada hari ini ke arah yg berguna untuk masa depan.
Korang pun sama tau.. Kalau ada yang baca ni, aku nasihatkan korang semua buatlah blog sendiri. Kalau boleh jomlah kita sama-sama aktif menulis. Walaupun aku ni tak suka menulis tapi aku ni suka membaca, tak salah aku kalau cuba menulis kan?. Mana lah tahukan aku boleh berkongsi ilmu yang aku baca dengan korang kan. Orang kata orang baru dalam dunia blogging jangan simpan harapan tinggi untuk dapat ramai followers dalam sekelip mata. Buat je slow-slow. Then lama-lama bila orang dah mula kenal kita barulah boleh teruskan langkah yang selanjutnya.
Untuk pengetahuan korang aku budak sains bukan budak sastera. Tapi korang jangan pikir aku nak riak ke apa plak.. Aku ni cuma nak cakap yang aku tak reti buat ayat cam karangan sekolah tu. Kalau ada yang rasa ayat aku tak berapa gramatis atau tak berpuitis aku mintak maaf. Btw aku akan cuba untuk menulis bahasa yang mudah difahami oleh korang semua.. Aku harap sangat korang support segala penulisan aku. Kalau rasa aku ada silap atau salah, dengan hati terbuka aku terima segala teguran korang semua. Andai ada cadangan, pandangan atau pendapat yang ingin berkongsi dengan aku, dua tapak tangan aku tadahkan.
Okay lah.. Untuk kali ni aku taknak tulis panjang-panjang sangat.. Aku rasa cukup dulu kot untuk kali ini. Nanti aku tulis lagi di lain hari.. Assalamuaalaikum w.b.t dan salam satu Malaysia..
xoxo
AkuSeorangPelajar
Sunday, 24 January 2016
Semalam Hanyalah Sebuah Mimpi
Purnama muncul lagi,
Indahnya buat nafasku terhenti,
Dalam diam ku mencari,
Di manakah mimpi semalam?
Di mana kisah aku dan duniaku?
Apa kah aku mampu jadikan semalam sebuah kenyataan,
Atau mungkinkah dunia ini hanya mahu ketawakan aku?
Di saat aku tercari dunia semalam,
Ku rasakan semalam tiada pernah muncul,
Baru kusedari sakitnya pabila
" Semalam Hanyalah Sebuah Mimpi "
Indahnya buat nafasku terhenti,
Dalam diam ku mencari,
Di manakah mimpi semalam?
Di mana kisah aku dan duniaku?
Apa kah aku mampu jadikan semalam sebuah kenyataan,
Atau mungkinkah dunia ini hanya mahu ketawakan aku?
Di saat aku tercari dunia semalam,
Ku rasakan semalam tiada pernah muncul,
Baru kusedari sakitnya pabila
" Semalam Hanyalah Sebuah Mimpi "
ku kan masih mencari ,
Semalam
Thursday, 10 December 2015
KEBAHAGIAAN MILIK KITA BERSAMA
Pastinya semua dari kita inginkan sebuah kebahagiaan. Namun, tak semua yang berasa bahagia .
Ayuh kita sama-sama belajar untuk menghargai sebuah kebahagiaan.
" Kenapa perlu belajar untuk menghargai jika bahagia juga tiada ?? "
Pasti kita selalu dengar kan ?
Tahukah kamu semua bahawa bahagia itu adalah satu perasaan ? Perasaan adalah dikawal oleh hati kita . Tapi memang susah untuk kita katakan bahagia dalam duka . Namun pujuklah diri untuk kata kan ' Aku bahagia hari ini ' .
Tips mencari kebahagiaan:
" Kenapa perlu belajar untuk menghargai jika bahagia juga tiada ?? "
Pasti kita selalu dengar kan ?
Tahukah kamu semua bahawa bahagia itu adalah satu perasaan ? Perasaan adalah dikawal oleh hati kita . Tapi memang susah untuk kita katakan bahagia dalam duka . Namun pujuklah diri untuk kata kan ' Aku bahagia hari ini ' .
Tips mencari kebahagiaan:
- Sentiasa berdoa kepada Allah
- Sentiasa bersyukur
- Sentiasa senyum
- Sentiasa ringan tulang untuk membantu orang
- Hargai diri sendiri
- Jaga kesihatan tubuh badan
- Banyakkan bergaul dengan orang-orang yang positif
- Taat kepada ibu bapa
- Sayangi keluarga
- Ingatlah setiap dari kita layak untuk merasakan kebahagian , namun jangan lah berbahagia diatas penderitaan orang lain kerana kebahagian seperti itu tidak akan berkekalan .
- Usahalah untuk mencapai kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah perasaan yang paling bermakna kepada setiap insan.
"Kebahagiaan Milik Kita Bersama"
Aku Hanya Insan Biasa,Yang juga sedang mencari bahagia,
Monday, 2 March 2015
Lagu Motivasi
Menuju Wawasan
Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
Thursday, 26 February 2015
Apa iTU PUASA?
Puasa
Firman Allah Ta’ala :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَMaksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian PuasaErtinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.Hukum – Hukum PuasaPuasa wajib :
- Wajib
- Sunat
- Makruh
- Haram
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.Puasa Sunat : a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b) Berpuasa sepanjang tahunPuasa Haram :a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasaSyarat-syarat PuasaTerbahagi kepada 2 :1) Syarat-syarat wajib2) Syarat-syarat sahSyarat wajiba) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukimSyarat Saha) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) NiatRukun Puasaa) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannyaMasa PuasaPuasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahariFaedah Puasaa) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusiaSunat-sunat puasaa) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan RamadhanPerkara makruh ketika berpuasaa) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangianPerkara yang membatalkan puasaa) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) MurtadKeuzuran yang mengharuskan berbuka puasaa) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) TuaKeistimewaan Bulan Ramadhana) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkanb) Allah merahmati orang yang mengimaninyac) Al-Quran diturunkan dalam bulan inid) Iblis dipenjarakane) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhana) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.Qada’ Puasa RamadhanIalah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’Hukum Qada’ Puasa RamadhanWajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuranFirman Allah Ta’ala :أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَMaksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
sumber:http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/puasa.htmWaktu Qada’ Puasa Ramadhan- Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.- Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.Kifarah PuasaIalah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :1) Membebaskan seorang hamba yang beriman2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut3) Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.FidyahIalah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.Hukum FidyahWajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَMaksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)Sebab-sebab wajib Fidyah1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.
Thursday, 19 February 2015
Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak
memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah
wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya.
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita
seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman
bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita
seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan
wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan
menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini
biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda
tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi
dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita
yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal
masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana
sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas
menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh
orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap
apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika
melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan
air mata.
source:http://www.sportmusang.com/2014/10/rahsia-mengenal-wanita-dari-cara.html
Wednesday, 7 January 2015
Moose Get So Big Eating Plants?
Weird Animal Question of the Week: How Do Moose Get So Big Eating Plants?
Herbivores get energy directly from the source, which allows them to become bigger than carnivores.
Photograph by Joel Sartore,
National Geographci Creative
Liz Langley
Published November 19, 2014
Carnivores may be at the top of the food chain, but herbivores are often the
bigger guns (or guts) on the ladder. What makes them so big?Share
For Weird Animal Question of the Week, I took the author's prerogative to ask how plant-eaters grow so massive on what seems—to the omnivorous human, at least—like light fare.
It's a complex business, but in a nutshell, herbivores eat a lot and are lower down on the food chain, where there is more energy available.
Take the moose, the largest of the deer species, which lives in northern regions of North America, Europe, and Asia. Its name in Algonquin, a native language of eastern North America, means "twig eater"—not exactly a majestic moniker for a mammal that can weigh in at up to 1,800 pounds (820 kilograms). (Get more super moose facts from the National Geographic Channel.)
But it does reflect moose's "absolutely phenomenal ability" to get the most out of the foods they eat, Vince Crichton, a retired wildlife biologist at Manitoba Conservation and Water Stewardship in Canada, said via email.
Food Chain Dynamics
Matthew Lewis, senior program officer for African species conservation at WWF, says it all comes down to "trophic levels," or where an animal sits in the food chain. The higher up you go, the more energy is lost to things like respiration and metabolism.
Plants are primary producers, which means they convert sunlight into energy. Herbivores, such as elephants, are primary consumers, converting plants they eat into energy.
At the top of the food chain are the predators, which eat herbivores and convert them into energy. But, Lewis noted, there's a 10 percent loss of energy at each stage removed from plants.
So "if you're living as a carnivore, you have to consume ten times as much to get the same amount of energy you would from eating at the primary level," Lewis explained.
A carnivore the size of an African elephant, for instance, would have to spend all its time hunting and eating animals its own size just to make up for that energy loss.
And after a while there wouldn't be much for it to hunt.
"If you look at the Serengeti, you may see millions of wildebeest, and you may see only a few hundred lions at most," Lewis said.
Related: "The Serengeti Lion."
That's because a system that has a huge number of carnivores at the top would be unsupportable: There wouldn't be enough prey to sustain them.
Since herbivores get energy directly from the source, they're "the most abundant, most widespread, and typically [have] the largest body size," Lewis said.
Gassy Gorillas
That doesn't mean herbivores have it easy.
Most vegetarian animals have to eat more or less constantly to keep their energy up. African elephants, for instance, eat 300 pounds (140 kilograms) of food a day.
(Moose are unique among herbivores in that they have a layer of fat and protein to help get them through the cold months, according to the Alaska Department of Fish and Game.)
"A full-grown male silverback gorilla [is] twice as large as a female and will have to eat a lot more," Lewis added.
What about that big belly you see on a mountain gorilla?
"They're consuming a lot of vegetation, which produces a lot of gas, so they're sort of big and bloated," he said.
Subscribe to:
Posts (Atom)



