" Kenapa perlu belajar untuk menghargai jika bahagia juga tiada ?? "
Pasti kita selalu dengar kan ?
Tahukah kamu semua bahawa bahagia itu adalah satu perasaan ? Perasaan adalah dikawal oleh hati kita . Tapi memang susah untuk kita katakan bahagia dalam duka . Namun pujuklah diri untuk kata kan ' Aku bahagia hari ini ' .
Tips mencari kebahagiaan:
- Sentiasa berdoa kepada Allah
- Sentiasa bersyukur
- Sentiasa senyum
- Sentiasa ringan tulang untuk membantu orang
- Hargai diri sendiri
- Jaga kesihatan tubuh badan
- Banyakkan bergaul dengan orang-orang yang positif
- Taat kepada ibu bapa
- Sayangi keluarga
- Ingatlah setiap dari kita layak untuk merasakan kebahagian , namun jangan lah berbahagia diatas penderitaan orang lain kerana kebahagian seperti itu tidak akan berkekalan .
- Usahalah untuk mencapai kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah perasaan yang paling bermakna kepada setiap insan.
"Kebahagiaan Milik Kita Bersama"
Aku Hanya Insan Biasa,Yang juga sedang mencari bahagia,