1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak
memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah
wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya.
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita
seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman
bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita
seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan
wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan
menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini
biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda
tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi
dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita
yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal
masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana
sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas
menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh
orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap
apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika
melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan
air mata.
source:http://www.sportmusang.com/2014/10/rahsia-mengenal-wanita-dari-cara.html