Kenapa aku guna tajuk ni sebagai first entry aku? ini kerana sgt sinonim lah dgn kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Sejak masuk di alam pengajian tinggi pelbagai cabaran dan suka duka kehidupan aku lalui. Bermula dengan cara memilih kawan, cara belajar, cara bersosial dan macam-macam lagi lah. Ya aku tak nafikan sepanjang aku jadi seorang pelajar ni banyak benda yang telah aku belajar. Bak kata orang pengalaman mengajar kita.. cewaah.. cam profesional plak.. tapi betol lah apa yang aku katakan tu. Kalau kita takut nak cuba sesuatu tu memang takkan menjadi apa2 lah..
![]() |
Happy selalu pakai labcoat |
Dulu masa first time tahu dapat tawaran Diploma Kesihatan HAiwan dan Penternakan (DKHP) kat Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak(UPMKB) Ya Allah berdebarnya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Camne tak berdebarnya first time nak fly ke Sarawak. Dari kecik lagi impian nak ke Sarawak. Tapi tulah banyak benda dalam fikiran masa tu. Dengan duitnya takde, kesihatan arwah abah tak menentu, tapi nak sangat pergi. Yang jadi penguat semangat aku masa tu adalah keluarga aku terutama ma aku. Segala kekurangan pembelanjaan ditampung oleh keluarga dan adik-beradik aku. Semua saling bantu walau sikit sorang demi tengok aku boleh capai aku nak. Tak lupa juga kerajaan negeri yang membantu dari segi kewangan bagi bantuan awal pengajian.
Ma dah cakap awal-awal keluarga aku tak mampu hantar sampai ke Sarawak kerana faktor kewangan. Sebagai pertama kali jejak kaki ke bumi Kenyalang tanpa keluarga adlah sangat sayu lebih-lebih lagi bila tengok orang lain kebanyakkan datang bersama keluarga. Walau apappun aku sangat bersyukur masa tu sbb berjaya sampai ke UPMKB dengan selamat dan lancar walau di KLIA terlepas flight tggu seorang kawan yang sama2 akan berdaftar dengan aku. Tapi aku respect kawan aku sorg tu sbb keluaga dia sgt bertanggungjawab atas kelewatan tu. Okay sambung cerita kat Bintulu. Aku seolah-olah tak percaya masa tu sebab aku berpijak di bumi Bintulu dan aku bakal kejar impian keluarga di situ. Bagai sinar yang terang bendarang. Itulah perasaan aku waktu tu tapi aku tahu pasti lain plak perasaan orang sbb masing2 bawa niat masing2. Impian setiap orang berbeza walau datang dengan satu tanggungjawab itu sebagai "seorang pelajar".
Rezekiku tidak putus-ptus dapat sumbangan dan suatu hari aku terima satu mesej dari seorang seniorkku dari zaman sekolah menengah. Dia hantar beserta satu link. Rupanya dia suruh aku mohon biasiswa. Sebenarnya aku dah give dgn biasiswa sbb selalu terlepas tarikh la, masalah itu la, masalah ini la sampai aku rasa aku tak layak ke nak dapat biasiswa? Tapi aku cuba jugak lah sbb senior aku tu selalu tolong aku, kiranya baik sangat lah. Moga Tuhan je balas segala kebaikan dia. Alhamduillah aku dapat biasiswa dari sem satu. Serius ku katakan macam satu beban yang berat telah kurang di bahu. Memang tak sangka akan dapat biasiswa sbb aku ni takahu sgt kalau bab2 camni.. Kolot it la kononnya kan. Dari kecil lagi ma selalu pesan "kalau nak sesuatu kena usaha sendiri, kalau nak harapkan usaha orang lain, orang lain lah dapat" ..
Bukan masalah kewangan je yang selalu menganggu hidup pelajar apatah lagi sebagai pelajar yang membawa impian keluarga bersama. Sudah pasti pencapaian akademik lah yang membuatkan hidup kita di nilai sebagai seorang pelajar dan mengekalkan pointer adalah cabaran bagi setiap mahasiswa dan mahasisiwi. Begitu juga lah aku. Sejujurnya aku cakap aku tak pernah dapat 4 flat. Tapi pointer kena jaga sbb itu syarat penerima biasiswa. Seperti pelajar lain aku tak lepas dari bermimpi nak genggam 4 flat dalam tgn tapi apakan daya bukan rezeki aku lagi.Tahun 2015 adalah tahun kedua (sem 3) emosi aku mula terganggu dengan masalah dalaman keluarga besar dan pada masa yang sama aku dikejutkan dengan khabar yang amat duka bagi keluargaku. Masa tu hanya Tuhan je tahu betapa luluhnya hati aku bila dapat tahu Abah aku menghidap kanser hati tahap 4.
![]() |
Gambar raya terakhir bersama Abah |
Seperti yang kita tahu tukar flght last minute pun kena tambah duit, tambah-tambah tukar diawalkan. Lebih jugak lah seribu beli tiket flight je. Nasib baik ma selalu pesan duit kena simpan risau ada emergency ke apa. Nasib baik duit takde masalah masa tu. Allah lancarkan urusan. Walau flight dari Bintulu ke KL awal pagi tapi dari KL ke Kelantan tengah hari sebab takde direct flight Bintulu ke kelantan. Sesampainya aku di bumi Kelantan arwah Abah selamat dikebumikan. Masa tu aku mintak sangat Allah kuatkan aku dan aku taknak tunjuk aku lemah di depan keluarga aku. Walau aku dah puas megalirkan air mata sepanjang perjalanan aku tapi sesampai di Kelantan aku dah tekad aku tak boleh nampak lemah.
Sejak itu, emosi aku makin tak stabil. Result aku sem 3 merosot tapi masih pointer atas 3. Aku rasa macam putus harapan. Aku tak dapat fokus. Selalu je aku rasa cam nak stop belajar tapi bila dengar suara Ma dan adik-beradikku yang lain aku kaku,kelu, keliru. Aku cuba bangkit kembali. Walau orang sekeliling ku tak nampak apa terjadi dalam hidup aku, aku redha. Aku tak mampu puaskan hati semua orang. Aku perlu bangkit demi keluargaku. Hanya keluargaku saja yang mengerti apa terjadi dalam hidup kami. Aku tak salahkan takdir sebab aku yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah dah tetapkan bagi setiap hambanya. Air mataku sudah terbiasa mengalir di pipi. Hati aku sangat rapuh tapi orang taktahu kenapa tiba-tiba angin aku berubah, tiba-tiba aku boleh jadi periang, tiba-tiba aku jadi sangat pendiam. Sebab aku cuba bangkit dari segala kesedihan dan kisah duka hidupku. Kadang-kadang aku rasa amat berat untuk aku realisaikan impian keluargaku itu.
Kini aku dah berada di tahun akhir dan semester akhir sebagai pelajar
DKHP. Tak sangka aku berjaya harungi segala rintangan sepanjang berada
di bumi Sarawak. DKHP semester akhir berpindah kampus ke UPM kampus
Serdang. Di sini cabaran baru bagi kami. Walau begitu segala dugaan
mendatang kami tempuh bersama. Apa yang menjadi dilema bagiku adalah
selepas ni.. Kemana aku nak pergi lepas habis Diploma? Macammana aku nak
sambung DVM? Semua ni mula bermain di fikiran aku sebab aku sedar
peluang yang ada sangatlah tipis. Terpaksa compete dengan semua pelajar
Diploma untuk dapat tempat. Kalau yang berduit boleh lah pikir oversea.
Aku? Nak taknak dalam negara lah pilihan aku. Doa dan tawakal je aku
mampu.. Kalau ada rezeki adalah, kalau takde rezeki dalam bidang ni aku
redha.
![]() |
Practical amalan perubatan veterinar |
Aku rasa tu je kot untuk entry aku kali ni.. Doakan aku kuat dan berjaya penuhi impian aku dan keluarga aku k:).. Assalamualaikum dan sekian..