4.4.61~29.8.15
Di saat ini sungguh aku sangat merindui seorang insan bergelar Abah. Tanpa Abah tidak mungkin aku berada di dunia ini. Dulu aku terbiasa melihatnnya di depan mata setiap kali pulang dari asrama. Kini, hanya namanya yang menjadi sebutan. Ya, tidak dapat dinafikan yang aku lebih rapat dengan seorang ibu yang kupanggil Ma. Namun aku sangat menyayangi kedua-duanya kerana meraka adalah anugerah terindah dalm hidupku.
Hari demi hari berlalu, sudah hampir 3 tahun arwah Abah pergi tinggalkan kami tanpa arah. Saat kulihat anak bersama ayah mereka, setiap kali itu jugalah aku terpaksa menahan air mata ini terus mengalir. Namun apakan daya tiada siapa yang aku bisa luahkan betapa peritnya hati ini. Hanya Dia yang Maha Mendengar je mampu aku curahkan segala isi hati yang kupendamkan.
Tiga tahun arwah tinggalkan kami, kurasakan seperti baru kelmarin. Ku rasakan baru sahaja ku peluknya utk kali terakhir sebelum ke UPM kampus Bintulu. Saat itu, ku rasakan sungguh berat untuk aku tinggalkan arwah, seolah- olah hatiku tahu bahawa itulah kali terakhir kulihat wajah arwah abah. Pesanan terakhir arwah adalah untuk aku capai cita-cita aku.
Kini wajah Abah hanya dalam ingatan. Semua memori tercipta menguatkan aku. Pernah juga aku berasa lemah kerana semua yang berlaku, namun semua pesan Abah buatku kuat. Aku sayang keluargaku. Dengan adanya Ma disisi mampu mengurangkan segala duka di hati. Setiap hari ku berdoa agar Ma dipanjangkan umur agar mampu menjadi penguat dan pembakar semangat kami adik beradik. Sungguh aku tidak sanggup kehilangan Ma setelah kehilangan Abah yang membuatkan hidupku dalam kegelapan.
Bukan senang untuk aku terima semua ini. Bukan senang untuk ku berpura-pura okay. Bukan senang untuk aku melangkah ke hadapan. Namun, aku harus kuat demi mereka insan yang amat kusayangi. Aku berharap semua yang berada disekelilingku mampu membuatkan aku bangkit dari sebuah kejatuhan ini. Kerana aku sangat sakit menahan sebaknya kerinduan suatu ketika dahulu.
Yang benar,
Perindu tanpa noktah