Apakah yang dikatakan endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut
ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.
Senggugut ini mungkin
dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda
walaupun selepas kahwin.
Ada
sesetengah lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi
senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.
Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang
biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan
sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya rasa sakit akan reda
selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana
endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin
akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadangkala
kesakitan masih ada lagi.
Ini menunjukkan bahawa penyakit ini
berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan
pada dinding dan otot rahim.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan
dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap
penyakit endometriosis.
Mereka tidak sedar yang penyakit ini
mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk
mengandung, sama ada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan
seorang anak, mereka tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai
tanda-tanda endometriosis, mereka menjalani pemeriksaan ultrasound
melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan
rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila di bahagian dalam
ditekan dengan jari doktor, bahagian belakang rahimnya akan merasa
sakit.
Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga
adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada
bahagian kilang telur.
No comments:
Post a Comment