Saturday, 7 October 2017

Pelajar baru UMK

Assalamualikum dan hai kawan-kawan yang dikasihi sekalian,

Sebagai seorang pelajar baru Umk, aku nak share la sedikit sebanyak apa yang aku lalui sebagai pelajar baru kat sini. Untuk pengetahuan korang aku baru sebulan bergelar pelajar baru kat sini as pelajar DVM dibawah Fakulti Perubatan Veterinar UMK. Sepertimana yang korg tahu, UMK terdapat 3 kampus utama iaitu kmapus Jeli, Kampus Kota (Pengkalan Chepa) dan Kampus Banchok. Tapi kalau korg pergi ke UMK kampus Kota memang korg takkan jumpa fakulti Veterinar ni sbb Fakulti ni terletak di Padang Tembak yang berhampiran dengan balai bomba Pengkalan Chepa.

Meh nak citer dari awal mula masa terima surat tawaran. Lepas je result upu keluar aku terus check la. Dengan harapan dapat DVM UMK. Berdebar tu Allah je tahu apa yang aku rasa. Check dia kata, "Duka cita anda tidak berjaya". Fuh sedih  weyh.  Memang termenung je aku lepas tengok result tu. Lepas tu tiba-tiba aku teringat pesan sorang akak yang sama-sama diploma dulu (senior). Dia kata kita budak diploma jangan terus percaya result upu. Usaha sikit lagi call Universiti yang kita mohon tu. Aku apa lagi call la UMK. Korang tau tak apa dorg kata? dorang kata kalau dah upu kata taka dapat maknanya memang tak dapat la. Hancur gugup hati weyh. But i kept trying to confirm because i really want. Rupanya ada problem sikit dengan kemasukan budak lepasan diploma yang belum graduate lagi (btw bulan depan aku baru graduate diploma :) . Alhamdulillah selepas masalah ni setel aku ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar di UMK. Bak kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. 

Lepas terima je surat tawaran, mak ai... serba salah plak nak tunjuk kt Ma sbb yuran mahal. Tapi tunjuk jugaklah. Masa tunjuk kat Ma seyes nak nangis sbb Ma diam tak terkata. Tapi dari air muka Ma, aku tau Ma gembira dan risau. Ma gembira sbb akhirnya aku dapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang ni. Tapi Ma risau kalau kami tak mampu sbb yuran pun dah hampir 4k. Aku? Memang sedih giler la citer dia.. Susah payah aku nak rebut peluang ni. Sanggup ulang alik dari Machang ke UMK naik motor sorg2 dah la perempuan semata-mata nak dapatkan tempat di UMK sbb aku sedar aku takde kabel atau kuasa. Aku kena buat benda ni sorg2. Keluarga la yang selalu memberi semangat. Tapi bila lepas dapat tawaran Ma kata dia risau sbb ekonomi keluarga kami sangat teruk masa tu. Aku memang nangis sbb aku taktau nak buat apa masa tu. Takkan aku nak lepaskan je kan peluang ni. Lain kali belum tentu peluang ni milik aku.
Lepas puas nangis bagai, aku tekad by hook or by crook aku kena juga cari jalan.

Alhamdulillah, Allah tolong aku melalui orang terdekat aku dan kawan-kawan aku. Aku takkan lupa segala jasa mereka. Hanya Allah je mampu balas semua kebaikan mereka. Walaupun tak setel semua benda tapi semua tu cukup untuk kuatkan aku untuk teruskan apa yang aku dah mulakan. Sebab dapat suraat tawaran lewat sikit dari orang lain aku jadi kalut sikit sbb hari pendaftaran dah nak dekat. Banyak benda aku buat tergesa-gesa. Sampaikan Medical checkup tak sempat buat. Dan naseb baik tak sempat sbb Umk sebenarnya sudah sediakan perkhidatan Medical checkup untuk pelajar baru. So pelajar baru UMK tak perlu lah susah-susah pegi buat Medical checkup sebelum hari pendaftaran. 

Yuran plak Umk bagi kelonggaran boleh bayar Yuran wajib dulu dalam seribu lebih gitu. So segala urusan pendataran tu berjalan lancar. Pesanan aku kat pelajar baru, korang kena ready siap-siap semua list yang UMK buatkan tu. Gambar passport jangan lupa, sekurang-kurangnya 4 keping, setem hasil tu matikan siap-siap kat lembaga hasil dalam negeri sebelum hari pendaftaran, yuran tu walau dia cakap boleh bayar selewat-lewatnya sehari sebelum daftar tapi seeloknya buatlah seminggu sebelum sbb kita tak tahu mungkin sehari sebelum pendaftaran tiba-tiba cuti wajib la plak. Macam aku hari tu, tiba-tiba PM Malaysia bagi cuti sebab kita menang Sukan Sea. Pakaian dan semua keperluan tu siap la awal- awal jangan pulak lepas daftar macam-macam yang tertinggal.

Lagi satu nak pesan, lepas dapat tawaran tu pandai-pandai la cari kat fb ke twitter ke apa group pelajar baru. Bukan apa biasa akak2 faci dan abg faci ni baik. Dorang suka tolong adik-adik baru cam kita ni. Kat group tu ada macam-macam dorang share sebab dorang tau kita pelajar baru ni biasa lah selalu je blur taktau nak buat apa. Jadi rajin-rajinkan diri jenguk group tu. Lepas tu kalau ad group whatsapp join je terus. Takde la ketinggalan sangat.

Lepas habis je pendaftaran pelajar baru UMK akan ada minggu 3M iaitu Minggu Mesra Mahasiswa a.k.a minggu orientasi. MInggu 3M akan berjalan serentak di tiga2 Kampus UMK. Bagi pelajar Perubatan Veterinar, kita akan menumpang kolej kediaman kampus Kota sepanjang minggu 3M berlangsung. Selepas minggu 3M tamat baru lah pelajar Perubatan Veterinar bergerak ke kolej kediaman Kemumin. Sepanjnag minggu 3M pelajar dikehendaki patuhi segala peraturan minggu 3M termasuk lah tidak dibenarkan keluar dari kawasan UMK kecuali dengan kebenaran. Lagi satu akak dan abang faci UMK sangat baik.. So tolong lah jangan langgar mana-mana peraturan selagi minggu 3M tak tamat. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

Apa lagi ek? Kalau ada papew nak tanya ke atau nak bagi pendapat korang boleh je terus email saya.
Terima kasih sudi baca.. sayang korang semua.. muachhh

Friday, 22 September 2017

Peluang itu MAHAL

Siapa kata peluang itu murah? Bagi aku peluang itu sangat mahal. Kenapa aku cakap cam tu?
Sebab tak semua dapat peluang yang sama. Kadang-kadang peluang tu datang tanpa kita sangkakan. Tapi kadang-kadang kita yang perlu pandai-pandai cari atau cipta peluang tersebut. Okay, aku tknak citer panjang pasal mukodimah.

Setiap orang ada cita-cita yang berbeza-beza. Tapi ada juga orang berbeza bercita-cita yang sama. Maka inilah yang aku maksudkan peluang itu bukan murah. Aku sekarang berada di tahun pertama sebagai pelajar Perubatan Veterinar. Siapa yang tak pernah dengar tentang Doktor Perubatan Veterinar sila google je confirm encik google tolong jawabkan. Atau juga dipaggil DVM (Doctor in Veterinary Medicine). Hakikatnya adalah benda sama.

Siapa yang pernah baca blog aku yang ni sebelum ni tahu la serba sedikit pasal aku. Agaknya jela. Yang belum kenal aku tu pelan-pelan lah ya kita berkenalan. Flow latar belakang pendidikan aku bermula dari sekolah tadika perpaduan, sekolah kebangsaan, sekolah menegah sains, kemudian aku sambung diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP) selama 3 tahun setengah kat UPM kampus Bintulu. Selepas tu kat mana?

Hah! Lepas tu yang sekarang la DVM kat UMK kampus Padang Tembak. Dalam jurusan yang aku ambik ni kebanyakkannya adalah student lepasan matrik, asasi, stpm dan diploma. Dan dalam kelas aku sekarang hannyalah 5 orang lepasan DKHP out of 46 of us. 3 orang batch aku dan 2 lagi batch senior. Sikit je kan lepasan DKHP. Tapi sebagai lepasan DKHP aku tahu ramai yang nak sangat masuk DVM tapi tu lah macam aku cakap awal-awal tadi yang tak semua orang dapat peluang yang sama. Dan untuk pengetahuan korang batch aku DKHP adalah seramai 68 orang. Yang dapat sambung DVM tahun ni tak sampai separuh kelas rasanya. Sebab ada yang kerja dan sambung dalam degree lain.

Kalau tak silap aku dalam belasan orang je DKHP setiap batch ke UPM, UMK 3 4 org, Bogor tahun ni sorg, Gajah Mada sorang. Yang lain taknak DVM ke? Sebenarnya dorng nak tapi rezeki tak menyebelahi mereka. Korang jgn kata aku nak bangga diri ke apa dapat DVM sbb aku ni pun dikira lucky sbb diberi jalan dan petunjuk ke jalan ni. Korg baca dulu sampai habis apa aku nak citer ni, tapi yang ni aku taknak citer lagi la cara-cara nak mohon bagai tu. Yang ni just pandangan dan pendapat  aku pasal peluang yang tak semua orang dapat.

Sebenarnya sedih jugak lah bila kawan2 seperjuangan DKHP selama 3 tahun lebih bersama tak sama2 capai cita2 bersama. Aku tak kata aku bijak dorang tak bijak ke apa. Ni semua pasal peluang dan rezeki. Sebenarnya aku ni dalam kategori sekadar mencapai kelayakan untuk masuk DVM dan aku bukan genius. Ramai lagi kawan aku yang lain lebih pandai dan lebih layak sebenarnya. Aku kalau boleh nak semua DKHP sambung DVM sama2 tak kesah la UPM ke UMK ke atau Uni Indon ke atau mana2. Tapi tu lah hidup ni adalah realiti bukan fantasi.

 Peluang itu mahal. Peluang itu bukan murah. Sebab tu lah aku nak cakap hargai lah peluang yang ada. Kalau ikutkan aku taknak sambung belajar lagi sebab aku bukan orang senang. Yuran pun aku hanya mampu bayar separuh. Orang lain dah booking dah buku tebal yang harga ratus-ratus, tapi aku buat-buat taktahu je. Bukan belajar ni sempoi tapi aku masih tak mampu sebab Ptptn belum dapat, biasiswa papew pun belum dapat. Terpaksa berharap kat ma walau tahu ma tak bekerja atas faktor kesihatan. Nasib baik abang2 kerja tampung serba sedikit keperluan aku. Nak mintak lebih tak boleh sebab aku ada lagi adik yang masih sekolah dan salah sorang nya SPM tahun ni.

Nak suruh aku stop belajar tengah jalan? Memang taklah. Peluang ni tak semua orang dapat. Kalau aku tolak peluang kedua mungkin sudah tiada. Walau ada yang macam tak berpuas hati bila aku dpt smbung dalam bidang ni, aku kena teruskan juga. Ada yang kata aku pakai kabel bagai, aku tak kesah sbb aku sendiri pun tak tahu siapa kabel aku, yang pasti aku lepas syarat kelayakan untuk kemasukan tu. Mungkin adalah tu kabel tapi aku betul-betul tak tahu siapa sebenarnya tolong aku. Aku sangat berterima kasih dekat insan tersebut, hanya Allah saja yang mampu balas. Mungkin Allah turunkan rezeki aku melalui dia. Sebab tu lah aku kena teruskan juga perjuangan ni walau apa pun yang jadi jika ini jalan takdir hidupku.

Kepada adik-adik lepasan matrik asasi dan sebagainya tolong hargai peluang yang korang dapat sbb sy sgt terasa dan faham macam mana susahnya kami berjuang untuk masuk dalam kos ni. Ya, saya tau kebanyakkan adik2 yang masuk kos ni sbb masih takde hala tuju, taktau nak jadi apa tapi hargailah peluang ni sebab ramai yang nak tapi kenapa kita terpilih? Mungkin ayat sy ni cliche tapi inilah kenyataan.

Kepada yang terlepas peluang ini jangan marah akan takdir. Jalan cerita kita berbeza tapi percaya lah Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Akhir kata jangan sia2kan peluang yang ada, hadapi segala cabaran dengan kuat dan tawakkal kepada Allah.


Thursday, 16 February 2017

Aku Seorang Pelajar

          Assalamualaikum dan hai semua.. Tajuk entry aku kali ni adalah 'Aku Seorang Pelajar Biasa' . Aku juga ingin berjaya :)

          Kenapa aku guna tajuk ni sebagai first entry aku? ini kerana sgt sinonim lah dgn kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Sejak masuk di alam pengajian tinggi pelbagai cabaran dan suka duka kehidupan aku lalui. Bermula dengan cara memilih kawan, cara belajar, cara bersosial dan macam-macam lagi lah. Ya aku tak nafikan sepanjang aku jadi seorang pelajar ni banyak benda yang telah aku belajar. Bak kata orang pengalaman mengajar kita.. cewaah.. cam profesional plak.. tapi betol lah apa yang aku katakan tu. Kalau kita takut nak cuba sesuatu tu memang takkan menjadi apa2 lah..

Happy selalu pakai labcoat


           Dulu masa first time tahu dapat tawaran Diploma Kesihatan HAiwan dan Penternakan (DKHP) kat Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak(UPMKB) Ya Allah berdebarnya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Camne tak berdebarnya first time nak fly ke Sarawak. Dari kecik lagi impian nak ke Sarawak. Tapi tulah banyak benda dalam fikiran masa tu. Dengan duitnya takde, kesihatan arwah abah tak menentu, tapi nak sangat pergi. Yang jadi penguat semangat aku masa tu adalah keluarga aku terutama ma aku. Segala kekurangan pembelanjaan ditampung oleh keluarga dan adik-beradik aku. Semua saling bantu walau sikit sorang demi tengok aku boleh capai aku nak. Tak lupa juga kerajaan negeri yang membantu dari segi kewangan bagi bantuan awal pengajian.

          Ma dah cakap awal-awal keluarga aku tak mampu hantar sampai ke Sarawak kerana faktor kewangan. Sebagai pertama kali jejak kaki ke bumi Kenyalang tanpa keluarga adlah sangat sayu lebih-lebih lagi bila tengok orang lain kebanyakkan datang bersama keluarga. Walau apappun aku sangat bersyukur masa tu sbb berjaya sampai ke UPMKB dengan selamat dan lancar walau di KLIA terlepas flight tggu seorang kawan yang sama2 akan berdaftar dengan aku. Tapi aku respect kawan aku sorg tu sbb keluaga dia sgt bertanggungjawab atas kelewatan tu. Okay sambung cerita kat Bintulu. Aku seolah-olah tak percaya masa tu sebab aku berpijak di bumi Bintulu dan aku bakal kejar impian keluarga di situ. Bagai sinar yang terang bendarang. Itulah perasaan aku waktu tu tapi aku tahu pasti lain plak perasaan orang sbb masing2 bawa niat masing2. Impian setiap orang berbeza walau datang dengan satu tanggungjawab itu sebagai "seorang pelajar".

          Rezekiku tidak putus-ptus dapat sumbangan dan suatu hari aku terima satu mesej dari seorang seniorkku dari zaman sekolah menengah. Dia hantar beserta satu link. Rupanya dia suruh aku mohon biasiswa. Sebenarnya aku dah give dgn biasiswa sbb selalu terlepas tarikh la, masalah itu la, masalah ini la sampai aku rasa aku tak layak ke nak dapat biasiswa? Tapi aku cuba jugak lah sbb senior aku tu selalu tolong aku, kiranya baik sangat lah. Moga Tuhan je balas segala kebaikan dia. Alhamduillah aku dapat biasiswa dari sem satu. Serius ku katakan macam satu beban yang berat telah kurang di bahu. Memang tak sangka akan dapat biasiswa sbb aku ni takahu sgt kalau bab2 camni.. Kolot it la kononnya kan. Dari kecil lagi ma selalu pesan "kalau nak sesuatu kena usaha sendiri, kalau nak harapkan usaha orang lain, orang lain lah dapat" ..

          Bukan masalah kewangan je yang selalu menganggu hidup pelajar apatah lagi sebagai pelajar yang membawa impian keluarga bersama. Sudah pasti pencapaian akademik lah yang membuatkan hidup kita di nilai sebagai seorang pelajar dan mengekalkan pointer adalah cabaran bagi setiap mahasiswa dan mahasisiwi. Begitu juga lah aku. Sejujurnya aku cakap aku tak pernah dapat 4 flat. Tapi pointer kena jaga sbb itu syarat penerima biasiswa. Seperti pelajar lain aku tak lepas dari bermimpi nak genggam 4 flat dalam tgn tapi apakan daya bukan rezeki aku lagi.Tahun 2015 adalah tahun kedua (sem 3) emosi aku mula terganggu dengan masalah dalaman keluarga besar dan pada masa yang sama aku dikejutkan dengan khabar yang amat duka bagi keluargaku. Masa tu hanya Tuhan je tahu betapa luluhnya hati aku bila dapat tahu Abah aku menghidap kanser hati tahap 4.

      
Gambar raya terakhir bersama Abah
  Masa tahu tu rasa cam nak lari balik je. Tapi aku jauh di negeri orang yang terpisah oleh Laut China Selatan. Terpaksa la tunggu cuti baru boleh balik. Tahun 2015 ada raya terakhir kami dengan arwah abah. Dan raya lah pertemuan terakhir aku dengan arwah. Ingat lagi suasana sayu saat aku peluk abah kata kena balik Sarawak sbb cuti raya dah nak habis. Walau berat nak jejak kaki tapi terpaksa tabahkan hati tunjuk kat Abah aku kuat aku akan berjaya demi keluarga. Seminggu sebelum Abah meninggal aku dah tempah tiket kapal terbang untuk pulang selepas habis Test 2 sem 3 sbb Ma suruh balik sebab Abah makin tenat. Ya kalau boleh aku nak terus balik tapi sebagai pelajar aku tggu persetujuan pensyarah utk lewatkan Test 2 aku. Usai solat maghrib 29 ogos 2015, aku terima satu panggilan dari Ma. Ma tanya dh dapat cuti belom, Ma suruh aku balik secepat mungkin. Aku tanya abah okay ke? Ma kata abah makin tenat. Aku dah tak pikir Test dah terus bukak laptop tengok tiket balik seawal mungkin. Dah masa tu dah maghrib dah tentunya paling awal boleh balik pun esok pagi baru ada flight. Masa tengah nak beli tiket ma call lagi, tapi kali ni abg ngah yang cakap. Sebenarnya masa ma call tadi Abah dah takde. Ma tak kuat nak bagitau aku sbb takut pelajaran aku terganggu.

          Seperti yang kita tahu tukar flght last minute pun kena tambah duit, tambah-tambah tukar diawalkan. Lebih jugak lah seribu beli tiket flight je. Nasib baik ma selalu pesan duit kena simpan risau ada emergency ke apa. Nasib baik duit takde masalah masa tu. Allah lancarkan urusan. Walau flight dari Bintulu ke KL awal pagi tapi dari KL ke Kelantan tengah hari sebab takde direct flight Bintulu ke kelantan. Sesampainya aku di bumi Kelantan arwah Abah selamat dikebumikan. Masa tu aku mintak sangat Allah kuatkan aku dan aku taknak tunjuk aku lemah di depan keluarga aku. Walau aku dah puas megalirkan air mata sepanjang perjalanan aku tapi sesampai di Kelantan aku dah tekad aku tak boleh nampak lemah.

          Sejak itu, emosi aku makin tak stabil. Result aku sem 3 merosot tapi masih pointer atas 3. Aku rasa macam putus harapan. Aku tak dapat fokus. Selalu je aku rasa cam nak stop belajar tapi bila dengar suara Ma dan adik-beradikku yang lain aku kaku,kelu, keliru. Aku cuba bangkit kembali. Walau orang sekeliling ku tak nampak apa terjadi dalam hidup aku, aku redha. Aku tak mampu puaskan hati semua orang. Aku perlu bangkit demi keluargaku. Hanya keluargaku saja yang mengerti apa terjadi dalam hidup kami. Aku tak salahkan takdir sebab aku yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah dah tetapkan bagi setiap hambanya. Air mataku sudah terbiasa mengalir di pipi. Hati aku sangat rapuh tapi orang taktahu kenapa tiba-tiba angin aku berubah, tiba-tiba aku boleh jadi periang, tiba-tiba aku jadi sangat pendiam. Sebab aku cuba bangkit dari segala kesedihan dan kisah duka hidupku. Kadang-kadang aku rasa amat berat untuk aku realisaikan impian keluargaku itu.

          Kini aku dah berada di tahun akhir dan semester akhir sebagai pelajar DKHP. Tak sangka aku berjaya harungi segala rintangan sepanjang berada di bumi Sarawak. DKHP semester akhir berpindah kampus ke UPM kampus Serdang. Di sini cabaran baru bagi kami. Walau begitu segala dugaan mendatang kami tempuh bersama. Apa yang menjadi dilema bagiku adalah selepas ni.. Kemana aku nak pergi lepas habis Diploma? Macammana aku nak sambung DVM? Semua ni mula bermain di fikiran aku sebab aku sedar peluang yang ada sangatlah tipis. Terpaksa compete dengan semua pelajar Diploma untuk dapat tempat. Kalau yang berduit boleh lah pikir oversea. Aku? Nak taknak dalam negara lah pilihan aku. Doa dan tawakal je aku mampu.. Kalau ada rezeki adalah, kalau takde rezeki dalam bidang ni aku redha.


Practical amalan perubatan veterinar

Aku rasa tu je kot untuk entry aku kali ni.. Doakan aku kuat dan berjaya penuhi impian aku dan keluarga aku k:).. Assalamualaikum dan sekian..

Tuesday, 17 January 2017

Ingin jadi orang berjaya? Jom mulakan langkahmu hari ini :)

Sudah hampir setahun rasanya aku abaikan blog ni. Tiba-tiba terasa rindu untuk blogging. Ya, mungkin sudah beberapa blog yang telah aku buat tapi semua cam tak ngam je dengan aku. Yang ni pun sebenarnya takde lah ngm sangat dengan aku.. tapi boleh lah..  as new blogger :)
Sebenarnya aku mula menulis blog sebab rasa teringin sangat ada blog sendiri bila ramai orang lain  yang ada blog sendiri. Pastu bila dah buat blog sendiri aku la plak yang tak reti nak tulis apa dalam blog aku. Sebab tu la aku punya entry cam terabur sikit tu.

Aku sebenarnya tak ada idea sangat pun nak tulis apa kat blog aku ni. Nak tulis pasal benda-benda ilmiah memang langsung aku tak reti la. Nak buat tutorial tudung ke apa tu segan la plak. Nak share pasal latest teknologi pun aku ni memang tak pandai sangat IT ni. Selalu jugak lah aku pikir apa lah yang blogger selalu buat. Aku ada lah baca blog orang lain tapi aku tetap takde idea nak tulis apa. Sebab tu la content entry aku cam entah papew. huhu..

Walau aku memang tak pandai apa pasal blogger ke apa ni tapi aku rasa macam tiba-tiba plak berminat nak jadi blogger. Pernah lah sorang lecturer aku cakap "Buat lah blog, nanti akan berguna untuk masa depan kamu". Dan dari situ aku mula yakin yang segala media sosial, blog dan semua yang sama waktu dengannya ni tercipta bukan sia-sia. Mungkin mampu bagi benefit kepada user. So aku rasa aku patut mula belajar gunakan semua teknologi yang ada pada hari ini ke arah yg berguna untuk masa depan.

Korang pun sama tau.. Kalau ada yang baca ni, aku nasihatkan korang semua buatlah blog sendiri. Kalau boleh jomlah kita sama-sama aktif menulis. Walaupun aku ni tak suka menulis tapi aku ni suka membaca, tak salah aku kalau cuba menulis kan?. Mana lah tahukan aku boleh berkongsi ilmu yang aku baca dengan korang kan. Orang kata orang baru dalam dunia blogging jangan simpan harapan tinggi untuk dapat ramai followers dalam sekelip mata. Buat je slow-slow. Then lama-lama bila orang dah mula kenal kita barulah boleh teruskan langkah yang selanjutnya.

Untuk pengetahuan korang aku budak sains bukan budak sastera. Tapi korang jangan pikir aku nak riak ke apa plak.. Aku ni cuma nak cakap yang aku tak reti buat ayat cam karangan sekolah tu. Kalau ada yang rasa ayat aku tak berapa gramatis atau tak berpuitis aku mintak maaf. Btw aku akan cuba untuk menulis bahasa yang mudah difahami oleh korang semua.. Aku harap sangat korang support segala penulisan aku. Kalau rasa aku ada silap atau salah, dengan hati terbuka aku terima segala teguran korang semua. Andai ada cadangan, pandangan atau pendapat yang ingin berkongsi dengan aku, dua tapak tangan aku tadahkan.

Okay lah.. Untuk kali ni aku taknak tulis panjang-panjang sangat.. Aku rasa cukup dulu kot untuk kali ini. Nanti aku tulis lagi di lain hari.. Assalamuaalaikum w.b.t dan salam satu Malaysia..

xoxo
AkuSeorangPelajar