Assalamualikum dan hai kawan-kawan yang dikasihi sekalian,
Sebagai seorang pelajar baru Umk, aku nak share la sedikit sebanyak apa yang aku lalui sebagai pelajar baru kat sini. Untuk pengetahuan korang aku baru sebulan bergelar pelajar baru kat sini as pelajar DVM dibawah Fakulti Perubatan Veterinar UMK. Sepertimana yang korg tahu, UMK terdapat 3 kampus utama iaitu kmapus Jeli, Kampus Kota (Pengkalan Chepa) dan Kampus Banchok. Tapi kalau korg pergi ke UMK kampus Kota memang korg takkan jumpa fakulti Veterinar ni sbb Fakulti ni terletak di Padang Tembak yang berhampiran dengan balai bomba Pengkalan Chepa.
Meh nak citer dari awal mula masa terima surat tawaran. Lepas je result upu keluar aku terus check la. Dengan harapan dapat DVM UMK. Berdebar tu Allah je tahu apa yang aku rasa. Check dia kata, "Duka cita anda tidak berjaya". Fuh sedih weyh. Memang termenung je aku lepas tengok result tu. Lepas tu tiba-tiba aku teringat pesan sorang akak yang sama-sama diploma dulu (senior). Dia kata kita budak diploma jangan terus percaya result upu. Usaha sikit lagi call Universiti yang kita mohon tu. Aku apa lagi call la UMK. Korang tau tak apa dorg kata? dorang kata kalau dah upu kata taka dapat maknanya memang tak dapat la. Hancur gugup hati weyh. But i kept trying to confirm because i really want. Rupanya ada problem sikit dengan kemasukan budak lepasan diploma yang belum graduate lagi (btw bulan depan aku baru graduate diploma :) . Alhamdulillah selepas masalah ni setel aku ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar di UMK. Bak kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Lepas terima je surat tawaran, mak ai... serba salah plak nak tunjuk kt Ma sbb yuran mahal. Tapi tunjuk jugaklah. Masa tunjuk kat Ma seyes nak nangis sbb Ma diam tak terkata. Tapi dari air muka Ma, aku tau Ma gembira dan risau. Ma gembira sbb akhirnya aku dapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang ni. Tapi Ma risau kalau kami tak mampu sbb yuran pun dah hampir 4k. Aku? Memang sedih giler la citer dia.. Susah payah aku nak rebut peluang ni. Sanggup ulang alik dari Machang ke UMK naik motor sorg2 dah la perempuan semata-mata nak dapatkan tempat di UMK sbb aku sedar aku takde kabel atau kuasa. Aku kena buat benda ni sorg2. Keluarga la yang selalu memberi semangat. Tapi bila lepas dapat tawaran Ma kata dia risau sbb ekonomi keluarga kami sangat teruk masa tu. Aku memang nangis sbb aku taktau nak buat apa masa tu. Takkan aku nak lepaskan je kan peluang ni. Lain kali belum tentu peluang ni milik aku.
Lepas puas nangis bagai, aku tekad by hook or by crook aku kena juga cari jalan.
Alhamdulillah, Allah tolong aku melalui orang terdekat aku dan kawan-kawan aku. Aku takkan lupa segala jasa mereka. Hanya Allah je mampu balas semua kebaikan mereka. Walaupun tak setel semua benda tapi semua tu cukup untuk kuatkan aku untuk teruskan apa yang aku dah mulakan. Sebab dapat suraat tawaran lewat sikit dari orang lain aku jadi kalut sikit sbb hari pendaftaran dah nak dekat. Banyak benda aku buat tergesa-gesa. Sampaikan Medical checkup tak sempat buat. Dan naseb baik tak sempat sbb Umk sebenarnya sudah sediakan perkhidatan Medical checkup untuk pelajar baru. So pelajar baru UMK tak perlu lah susah-susah pegi buat Medical checkup sebelum hari pendaftaran.
Yuran plak Umk bagi kelonggaran boleh bayar Yuran wajib dulu dalam seribu lebih gitu. So segala urusan pendataran tu berjalan lancar. Pesanan aku kat pelajar baru, korang kena ready siap-siap semua list yang UMK buatkan tu. Gambar passport jangan lupa, sekurang-kurangnya 4 keping, setem hasil tu matikan siap-siap kat lembaga hasil dalam negeri sebelum hari pendaftaran, yuran tu walau dia cakap boleh bayar selewat-lewatnya sehari sebelum daftar tapi seeloknya buatlah seminggu sebelum sbb kita tak tahu mungkin sehari sebelum pendaftaran tiba-tiba cuti wajib la plak. Macam aku hari tu, tiba-tiba PM Malaysia bagi cuti sebab kita menang Sukan Sea. Pakaian dan semua keperluan tu siap la awal- awal jangan pulak lepas daftar macam-macam yang tertinggal.
Lagi satu nak pesan, lepas dapat tawaran tu pandai-pandai la cari kat fb ke twitter ke apa group pelajar baru. Bukan apa biasa akak2 faci dan abg faci ni baik. Dorang suka tolong adik-adik baru cam kita ni. Kat group tu ada macam-macam dorang share sebab dorang tau kita pelajar baru ni biasa lah selalu je blur taktau nak buat apa. Jadi rajin-rajinkan diri jenguk group tu. Lepas tu kalau ad group whatsapp join je terus. Takde la ketinggalan sangat.
Lepas habis je pendaftaran pelajar baru UMK akan ada minggu 3M iaitu Minggu Mesra Mahasiswa a.k.a minggu orientasi. MInggu 3M akan berjalan serentak di tiga2 Kampus UMK. Bagi pelajar Perubatan Veterinar, kita akan menumpang kolej kediaman kampus Kota sepanjang minggu 3M berlangsung. Selepas minggu 3M tamat baru lah pelajar Perubatan Veterinar bergerak ke kolej kediaman Kemumin. Sepanjnag minggu 3M pelajar dikehendaki patuhi segala peraturan minggu 3M termasuk lah tidak dibenarkan keluar dari kawasan UMK kecuali dengan kebenaran. Lagi satu akak dan abang faci UMK sangat baik.. So tolong lah jangan langgar mana-mana peraturan selagi minggu 3M tak tamat. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Apa lagi ek? Kalau ada papew nak tanya ke atau nak bagi pendapat korang boleh je terus email saya.
Terima kasih sudi baca.. sayang korang semua.. muachhh
No comments:
Post a Comment